BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 18 March 2011

Pengenalan E-Net Stormreaders

E-Net merupakan sebuah laman dimana ahli yang mendaftar sebagai ahli, usahawan atau rakan usahawan akan mendapat sebuah akses masuk ke eNet Stormreaders. Ianya disediakan untuk kemudahan anda menguruskan perniagaan anda melalui online. Semua teknologi ini desediakan bagi memudahkan anda menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan berkesan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan pin sementara. Sebaik sahaja anda mendaftar diri dengan Stormreaders melalui mana-mana Usahawan Stormreaders, anda akan diberi pin sementara untuk akses masuk ke e-Net anda. Anda boleh log-in melalui laman web www.stormreaders.com.
Selepas itu anda dikehendaki menukar kata laluan. Kata laluan baru hendaklah diingati oleh anda dtetapi tidak mendedahkanya kepada sesiapa. Di e-Net, pelbagai kemudahan disediakan antaranya mempebaharui profil, melihat mata keuntungan, melihat pelanggan e-Store, menghantar masej, muat turun file dan pelbagai lagi.
Berniaga secara online memerlukan alat komunikasi pengantara untuk memudahkan urusan komunikasi. Sebagai inisiatifnya, anda diwajibkan untuk memiliki sebuah alamat e-mel sendiri dan perlu dimaklumkan kepada pihak Stormreaders. Segala perkara yang memerlukan dokumenntasi akan dihantar ke e-mel anda. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malahan dapat mempercepatkan lagi masa anda.

No comments:

Post a Comment