BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 18 March 2011

Modal Minima RM90

Syarat kelayakan seseorang itu menjadi ahli Stormreaders Network mestilah berumur 18 tahun ke atas dan membayar yuran sebanyak RM90.00 setahun. Setiap ahli Stormreaders akan memiliki 3 perkara utama, iaitu;
1. Kad Keahlian (RM 30 tahunan)
2. Sistem e-Net dan Laman e-Store peribadi (RM 30 tahunan)
• e-Net adalah sebuah laman web, platform utama urusniaga untuk ahli. e-Net adalah tempat untuk ahli melakukan pendaftaran ahli baru, memeriksa jumlah bonus, memeriksa senarai keahlian, mendapatkan bahan-bahan untuk download, mendapat maklumat terkini Stormreaders dan banyak lagi. Terdapat hotline untuk membantu anda mengendalikan e-Net masing-masing.
• e-Store adalah sebuah laman web yang merupakan kedai buku elektronik kepunyaan anda sendiri. Di sinilah urusniaga pembelian produk Stormreaders dilakukan oleh pelanggan-pelanggan anda.
3. Kit Permulaan Perniagaan (RM 30)
• Sebuah buku nota ekslusif Stormreaders yang mengandungi penerangan terperinci Stormreaders, panduan usahawan, kata-kata motivasi pengarang-pengarang Stormreaders serta ruangan nota.
• Senaskhah katalog ‘glossy’ yang anda boleh gunakan untuk memperkenalkan produk-produk Stormreaders kepada pelanggan.
• Borang permohonan keahlian untuk anda mendaftarkan ahli-ahli baru yang berminat.
• Slip senarai lengkap produk Stormreaders berserta harga dan nilai CP masing-masing.
• Borang pesanan produk Stormreaders untuk pelanggan-pelanggan anda.
• Resit rasmi Stormreaders yang anda boleh gunakan untuk melengkapkan transaksi jualan.

No comments:

Post a Comment